Muzik video lagu terbaru daripada bekas penyampai Suria FM iaitu Zulin Aziz yang berjudul Dan Ketika itu telah menjadi trending nombor satu di Youtube.

Lagu yang menceritakan tentang kisah seorang wanita yang ditinggalkan di saat akhir sewaktu hari pernikahannya itu telah berjaya menyentuh hati penonton di Malaysia.

Ramai yang terkesan dengan jalan cerita lagu tersebut yang diinspirasikan dari kisah benar yang terjadi pada Zulin dimana lelaki yang seharusnya menjadi suaminya menyepikan diri begitu sahaja di saat akhir.

Malah di ruangan komen di Youtube, ramai juga netizen yang berkongsi kisah mereka yang senasib dengan Zulin.

Sebenarnya lagu Dan Ketika Itu dicipta oleh Zulin khas sempena dengan majlis perkahwinannya, namun perkara sebaliknya yang terjadi.

Alhamdulillah, saya sebenarnya tak sangka dengan sambutan untuk lagu ini. Saya sebenarnya tidak meletakkan apa-apa ‘target’ pun. Saya cuma buat lagu ini untuk memberikan motivasi kepada individu yang senasib dengan saya“, jelas Zulin ketika dihubungi SURIA.

Tambahnya lagi, respon positif daripada peminat yang mendengar lagu ini banyak meberikannya semangat serta aura positif selepas tidak jadi berkahwin.

Saya rasa sangat bersyukur, walaupun lagu ini tidak dipromosi di mana-mana platform muzik, tetapi mereka mendengarnya berulang-ulang kali malah ada yang mengaitkan dengan kisah yang terjadi dalam hidup mereka “, ujarnya.

Tak apa lah Zulin, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. InsyaAllah ada jodoh dan perancangan yang lebih baik yang telah diaturkan oleh Allah buat Zulin. Yang penting jangan berputus asa okay?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!