72043

Nabil Ahmad Bakal Ikut Jejak Langkah Fattah Amin? Ini Jawapan Dia! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja nama pelawak Nabil Ahmad, pasti ramai yang sudah mengenali beliau. Dengar cerita Nabil juga bakal menerbitkan buku tentang kehidupannya dari seorang jejaka biasa sehingga menjadi anak seni yang berjaya.

7n_nabilahmadbopengterakhir00

“Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar artis sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la.

“Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan.

“Jika ibu saya ada RM10 ditangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang.”

Apa yang difahamkan, buku tersebut bukanlah mengesahkan 100% tentang kehidupan Nabil tetapi akan ada beberapa artis juga yang akan turut berkongsikan pengalaman mereka sehingga berjaya ke hari ini.

“Buku tersebut bukan tentang saya sahaja tetapi juga ada artis lain yang berkongsi pengalaman mereka. Saya juga belum diberitahu tajuk sebenarnya.

“Tapi saya harap ia dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.”

Selain daripada itu, Nabil juga meluahkan perasaannya sepanjang bergelar anak seni dan beliau juga tidak pernah bermimpi untuk dikenali ramai dan terlibat dengan dunia hiburan.

“Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berada dalam bidang seni, malah saya tidak pernah cari jalan atau belajar di mana-mana kolej tentang seni.

“Ia berlaku secara tiba-tiba dan saya sangat menghargai apa yang sudah tertulis ini. Sehingga kini saya tidak pernah letakkan diri saya sebagai seorang selebriti.”

Nabil juga sempat mengakhiri temu bual dengan satu tips yang sangat ‘power’ untuk sentiasa disayanyi, dihormati dan disenangi iaitu dengan berbuat baik dengan semua orang dan mengelakkan sikap ‘diva’.

“Saya rasa kejayaan saya bila penganjur yang sama panggil saya beberapa kali, itu bermakna mereka selesa dengan kerja saya.”

Apa yang boleh dikatakan, kejayaan Nabil Ahmad yang dikecapinya hari ini sememangnya harus dijadikan inspirasi orang luar untuk terus bangkit dari kejatuhan.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!