85165

Nabil Ahmad Bawa Peminat Ke Mekah Sempena 10 Tahun Dalam Industri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad tahun ini menyambut ulangtahun ke 10 pembabitan beliau dalam industri hiburan tanah air.

Siapa sangka kehidupan Nabil yang asalnya merupakan seorang budak kampung yang berkerja ditemani motosikal cabuk sebagai ‘mat despatch’ berubah dalam sekelip mata apabia beliau menjuari pertandingan Raja Lawak musim kedua 10 tahun lalu.

ne_06-1

Tidak sampai setahun menjuarai Raja Lawak, Nabil dijulang pula sebagai Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

3436506714_49971d4567_o

Dalam 10 tahun menjadi penghibur bukan semuanya indah-indah belaka, terkadang kontroversi liar menerjah dirinya hingga membuatkan jejaka asal Mambau Negeri Sembilan ini terlupa diri seketika.

Namun kehadiran isteri tercinta, Zira sekali lagi mengubah kehidupannya. Kini Nabil Ahmad merupakan antara pengacara popular dan yang paling mahal bayarannya di Malaysia.

23967200_2015722018704161_3740684483502800896_n

Sempena ulangtahun ke 10 pembabitan Nabil dalam industri, Nabil ingin berkongsi sesuatu dengan peminatnya yang tidak putus-putus mendoakan kejayaannya.

Tahun ini Nabil ingin mengajak peminat-peminatnya untuk ke Tanah Suci mengerjakan umrah bersama di bulan Ramadhan.

whatsapp-image-2018-03-08-at-6-15-28-pm

“Inilah kali pertama saya memberikan hadiah istimewa kepada peminat sepanjang saya bergelar anak seni.

Saya tidak mungkin berada pada tahap hari ini tanpa doa dan sokongan peminat. Saya merasakan daripada saya memberikan duit mahupun hadiah, lebih baik saya membawa mereka mengerjakan umrah di Makkah.

Inilah hadiah istimewa buat mereka. Saya percaya doa mereka yang pertama kali menatap Kaabah atau Baitullah sangat mustajab. Tentunya menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah menjadi impian setiap manusia.

Insyaallah jika diizinkan Allah, saya mahu bersama peminat mengerjakan umrah pada awal Ramadhan nanti. Saya pilih berpuasa bersama peminat di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan. Besar RahmatNya”, jelas Nabil.

Program “My Umrah Story’ bersama Nabil Ahmad ini akan dikendalikan syarikat pengrurusan, Urban Platinum Resources. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian hotline : 019-3716252.

whatsapp-image-2018-03-08-at-6-15-28-pm-1

Tawaran dibuka hari ini dan nama peminat yang terpilih mengerjakan umrah bersama Nabil akan diumumkan pada Majlis Ulang Tahun Ke-10 pada 24 Mac ini.

Alhamdulillah. SURIA bangga dengan anak seni seperti Nabil Ahmad yang berhati mulia dan tidak lupakan peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya dari dulu hingga kini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!