72337

Nabil Ahmad Naik Angin Kerana Peminat Fattah Amin? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam pelawak serta pengacara terkenal, Nabil Ahmad menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik satu foto ‘screen shot’ perbualan seorang individu yang dipercayai peminat Fattah Amin yang ditujukan kepadanya.

Di dalam perbualan itu, individu tersebut telah menghantar keratan sebuah artikel tentang Fattah Amin kepada Nabil serta Neelofa.

Artikel itu dipercayai berkenaan tentang penjelasan sebenar kenapa Fattah tidak menghadirkan diri di set Meletop minggu lepas.

Individu tersebut meminta kedua-dua pengacara rancangan Meletop itu untuk mengambil iktibar dari artikel tersebut.

Berang dengan tindakan tersebut, Nabil telah membalas mesej tersebut serta menyelar individu berkenaan.

unnamed

Ruangan komen di Instagram milik Nabil dipenuhi dengan komen-komen netizen yang rata-rata menyokong tindakan Nabil.

Nabil dalam kapsyennya juga meminta supaya individu yang terlalu taksub memuja manusia meminta kebenaran ibu-bapa terlebih dahulu sebelum memberi pendapat.

unnamed-1

Walaubagaimanapun Nabil telah memadamkan gambar itu dari akaun Instagramnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!