89846

Nabila Huda Disangka Penjaga Pintu oleh Tulus - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selesai konsert penyanyi Indonesia Tulus malam tadi, sudah tentu ramai yang ingin mengambil gambar bersama penyanyi berkenaan. Ini termasuklah beberapa artis popular tanah air seperti, pelakon sensasi Nabila Huda.

Namun terjadi satu adegan lucu apabila Nabila yang sudah siap sedia menunggu untuk mengambil gambar bersama dengan Tulus di depan pintu masuk bilik Seri Nilam, sama sekali tidak diendahkan oleh penyanyi tersebut.

Pihak Suria sendiri sempat menyaksikan insiden itu sebelum sidang media bermula.

Nabila telah menjelaskan apa yang terjadi di laman Instagramnya hari ini dan telah mendapat banyak komen khasnya dari rakan-rakan artis.

Walau bagaimanapun Nabila tetap berjaya mendapatkan gambar bersama Tulus akhirnya.

Mungkin kerana Nabila berpakaian serba hitam pada malam tersebut seperti warga kerja konsert yang lain dan itu barangkali telah mengelirukan Tulus sewaktu melihatnya di depan pintu bilik sidang media. Apatah lagi, Nabila turut memakai tanda pengenalan (lanyard) konsert Tulus pada malam tersebut.

Harap-harap insiden lucu ini tidak akan berulang lagi di masa depan buat Nabila atau artis-artis Malaysia yang lain.


*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

Jelajah Suria Dikecohkan Oleh Team Pagi Suria

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!