86742

Nadia Aqilah Idam Watak Komedi Romantik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon berbakat besar Nadia Aqilah mengakui bahawa beliau teringin untuk memegang watak komedi romantik.

Nadia memang terkenal membawakan watak antagonis acapkali wajahnya muncul di layar kaca.

Namun kata Aqilah dirinya seronok membawakan watak antagonis kerana boleh mewarnakan karektor.

“Saya sering membawakan watak antagonis dan naskah yang berat. Tapi saya teringin membawakan watak yang ‘fun’ seperti cerita komedi romantik”, jelasnya.

Kata Nadia lagi, beliau bukanlah seorang yang serius dan jahat seperti yang digambarkan di dalam drama lakonannya.

“Jika anda mengenali saya secara peribadi, saya merupakan seorang yang ceria dan gila-gila”, ujarnya.

Terbaru Nadia bakal sibuk dengan pementasan teater bangsawan Dendam Laksamana di Jerayawaya Pekan Bangsawan Warisan Budaya arahan Pat Ibrahim yang akan dipentaskan mengelilingi Malaysia bermula 25 Jun 2018 ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!