72791

Najwa Mahiaddin Sasar Pasaran Eropah - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_7481

Siapa yang tidak kenal dengan Najwa Mahiaddin, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga seorang penyanyi berbakat.

Pernah memenangi pelbagai anugerah sejak kemasukannya dalam industri muzik tempatan, Najwa tidak pernah berhenti berjuang dalam dunia seni. Selain berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang muzik di Amerika Syarikat, Najwa juga masih giat membuat persembahan dan menggubah lagu untuk ramai artis Malaysia.

Malah, lagu ciptaannya turut dimuatkan dalam album terbaru Anuar Zain dan juga Dato Sheila Majid yang dilancarkan tidak lama dahulu.

Dalam kesibukannya di belakang tabir, rupa-rupanya penyanyi bersuara hebat itu sendiri sedang sibuk menyiapkan album EPnya yang terbaru. EP yang mengandungi tiga buah lagu itu dijangka akan dilancarkan Januari tahun depan.

img_7499

EP itu akan mula diperkenalkan dengan lagu Inggeris pertamanya yang bertajuk Ocean dan diikuti dengan sebuah lagu Melayu tradisional berentak gamelan sepenuhnya. Lirik lagu tersebut dinukil oleh Monoloque dan diharap dapat menarik minat para pencinta muzik.

Malah Najwa juga memberitahu dia sudahpun ada perancangan untuk memasarkan EPnya itu untuk pasaran Eropah bermula di Jerman.

“Saya bukan mengatakan yang saya sudah ada kontrak rakaman dengan syarikat di sana tapi yang pasti perancangan untuk memasarkan EP saya di Eropah nanti sudahpun ada. Ini kerana saya ingin cuba mendapatkan kumpulan pendengar yang baru untuk muzik yang saya hasilkan,” jelas Najwa tika ditemui di pelancaran lagu duetnya ‘Sentiasa Merinding’ bersama Imran Ajmain, di Cheras minggu lalu.

img_7363

 

 

Suria mendoakan supaya Najwa akan berjaya dalam pengembaraan seninya dan semoga berjaya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa seperti Yuna dan Shila Amzah.

Gambar ihsan : @theshahrulizzat

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!