85551

Nana Tak Perlu Gimik Untuk Lancarkan Lagu & Muzik Video - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagaikan menjadi satu trend di Malaysia untuk muncul dengan gimik sebelum melancarkan sesuatu produk tertentu.

Namun tidak bagi penyanyi popular Siti Nordiana yang tidak gemar melakukan perkara seperti itu semata-mata untuk meraih rating.

Terbaru Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana telah melancarkan single baharu beserta muzik video Hatiku Milikmu.

“Nana tiada apa-apa gimik untuk melancarkan lagu serta muzik video ini. Cuma dalam muzik video yang menampilkan Alvin Chong dan Fikry Ibrahim sebagai pelakon ini peminat lebih nak tahu siapa yang akan menjadi pilihan Nana”, jelasnya sewaktu ditemui di majlis pelancaran lagu terbarunya.

Menurut Nana, pemilihan Alvin dan Fikry sebagai pelakon muzik videonya adalah diatas cadangan peminat yang mahu melihat mereka bergandingan.

screen-shot-2018-04-03-at-11-59-14-am

Selepas menempa kejayaan dengan lagu Terus Mencintai, Nana terus optimis untuk menyanyikan lagu ciptaannya sendiri.

Bercerita mengenai lagu Hatiku Milikmu, kata Nana lagu tersebut tiada kena mengena dengan kisah hidupnya. Tetapi berdasarkan cerita dan pengalaman yang pernah dilalui rakannya.

Nana juga percaya genre balada atau ‘leman’ sudah sebati dengan jiwanya dan itu merupakan apa yang peminatnya inginkan.

Lagu dan muzik video Hatiku Milikmu sudah mula dilancarkan di semua platform digital untuk ditonton dan dimuat turun.

SURIA ucapkan semoga berjaya kepada Nana dan semoga lagu baru Nana ini akan menjadi hit seperti lagu Terus Mencintai.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!