72306

Nanasheme Teruja Pertama Kali Menjejakkan Kaki ke Korea - Suria FM - Segalanya Hiburan

nanasheme-di-hadapan-dongyang-mirae-university-seoul-korea-selatan

Baru-baru ini, Nanasheme telah berada di Korea Selatan atas jemputan Kelab UMNO Korea (KUK) dan Persatuan Pelajar Malaysia di Korea Selatan untuk memberi ceramah dan membuat persembahan dalam sebuah program yang dianjurkan oleh mereka. Program yang diberi nama STEP by STEP (Start To Explore Potential by Seeing Through Endless Possibility) dengan topik yang bertajuk ‘TO CHOOSE OR TO BE CHOSEN?’ telah diadakan di Dongyang Mirae University Seoul yang dihadiri hampir 40 orang peserta yang merupakan pelajar Malaysia di seluruh Korea Selatan.

nanasheme-bergambar-di-hadapan-salah-satu-mercu-tanda-dongyang-mirae-university-seoul-korea-selatan

Selain Nanasheme, dua orang lagi panel yang dijemput iaitu Farah Lee, seorang ikon wanita berjaya yang merupakan pengasas dan pemilik jenama pakaian Ommaesabel. Seorang lagi panel jemputan iaitu Ain Zakaria yang merupakan seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat di Korea Selatan.

nanasheme-di-myeong-dong-street

Pemilihan Nanasheme oleh KUK disebabkan beberapa faktor antaranya, kebolehan Nanasheme untuk mencipta nama dan terus bertahan di rangkaian sosial membuktikan bahawa seorang wanita muda juga boleh mempunyai kekuatan sedemikian sekiranya mempunyai dorongan yang kuat. Sebagai ikon di media massa, sudah pasti Nanasheme pernah menghadapi situasi tohmahan atau cerca oleh netizen di media sosial. Perkongsian oleh beliau dalam forum tersebut sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada mahasiswi di Korea Selatan.

sessi-autograf-album-nanasheme

“Perasaan memang tak dapat digambarkan, bercampur aduk perasaan saya. Bersyukur, teruja, happy, nervous. Dalam kata lain, emotional. Sebelum ini saya pernah membuat persembahan di Singapura. Tapi jemputan kali ni untuk penampilan antarabangsa memang diluar jangkaan dan luar biasa bagi Nana, apatah lagi saya tak pernah jejak kaki ke Korea. Ini merupakan salah satu pencapaian terbesar semenjak Nana memasuki industri muzik. Saya bersyukur atas peluang ini” ujar Nana tika menjelaskan perasaannya setelah mendapat undangan ini.

nanasheme-bersama-ain-salah-seorang-panel-program-step-by-step-di-myeong-dong-street

Selain berkongsi pengalaman dan tip sebagai pelajar yang menyanyi pada waktu yang sama, Nanasheme turut menghiburkan peserta dengan lagu popularnya ‘HANTU ATAU BUAYA’ dan lagu terbaharu beliau yang bertajuk ‘SANTAI’.

bersama-peserta-program-step-by-step

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!