95922

Naqiu Bakal Buat Kejutan Di Konsert Final GV6 - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Finalis Gegarvaganza musim keenam iaitu Naqiu memberitahu bahawa beliau akan membuat kejutan pada malam konsert akhir Ahad ini.

Pada konsert akhir nanti, setiap finalis diberikan dua tugasan iaitu lagu solo dan lagu duet bergenre hip hop atau rap.
Kata Naqiu, ramai yang sebelum ini ramai pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk kembali menyanyi.
Sebenarnya ramai yang mencabar saya untuk menyanyi pelbagai jenis lagu. Saya selalu baca komen-komen netizen. Mereka kata saya selalu dapat lagu yang kena dengan suara saya. Jadi saya sahut cabaran pihak produksi menyanyikan lagu Ting Ting. Selepas tu mereka cabar saya menyanyikan lagu Inggeris pula. Sekali lagi saya sahut cabaran itu dan lepas itu mereka mahu saya menyanyi lagu rap pula sebab mereka kata mesti saya tak boleh menyanyi lagu rap,”,jelasnya.
Mengulas mengenai lagu ‘battle’ yang bergenre hip hop dan rap, kata Naqiu beliau sebenarnya sudah biasa rap sewaktu menyanyi di kelab dulu.
“Apa yang saya boleh janjikan waktu final nanti anda semua akan lihat sisi yang berbeza dari saya. Saya akan rap sampai mungkin anda semua tak percaya itu adalah saya”, luahnya.
Naqiu juga memberitahu bahawa beliau tidak kisah digandingkan dengan sesiapa sahaja sewaktu pusingan ‘battle’ kerana ramai yang membuat ramalan beliau akan digandingkan bersama terdekatnya iaitu Hardy Mirza.
Setiap peserta mempunyai kelebihan mereka masing-masing. Jangan dianggap peserta seperti Sham tak ada kelebihan. Kalau awak semua dengar dia bercakap dengan saya pun dah macam rap. Abang Sham seorang yang sangat ‘educated’. Tak mustahil saya boleh kecundang digandingkan untuk ‘battle’ dengan beliau”, ujarnya.
Naqiu juga menyifatkan seorang lagi peserta dari Singapura iaitu Jatt sebagai ‘silent killer’ kerana kemampuan penyanyi otai itu menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan baik.
Apa-apa pun kita nantikan kejutan hang akan dipersembahkan oleh Naqiu pada malam final nanti. Semoga berjaya!
Artikel : Amy Miyake
Foto : Instagram Naqiu
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!