95933

Naqiu Dan Hady Mirza Juara GV6! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Satu sejarah baru telah tercipta malam semalam apabila Naqiu dan Hady Mirza kedua-duanya telah dinobatkan sebagai juara Gegarvaganza musim keenam.

Keputusan itu nyata mengejutkan seluruh Malaysia termasuklah Singapura apabila buat pertama kalinya keputusan seperti itu terjadi pada pertandingan nyanyian di Malaysia.
Naqiu dan Hady sama-sama mengumpul markah sebanyak 87 peratus. Malah kedua-dua mereka turut berentap di dalam pusingan ‘battle’ bersama.
Menurut ketua juri iaitu Dato’ Ramli MS, keputusan untuk menobatkan kedua-dua mereka sebagai juara adalah datang dari dirinya sendiri.
Saya sebagai ketua juri telah memilih untuk memberi kemenangan kepada mereka berdua selepas berbincang dengan pihak Astro. Kedua-dua mereka sangat bagus pada malam ini. Takkan Kita nak tambah satu minggu lagi? Jadi saya dan juri-juri yang lain telah sebulat suara memilih dua juara. 
 
Hady menyanyi solo sangat bagus, tetapi Naqiu punya intelek yang bagus. Mereka sama bagus sejak dari minggu pertama lagi. Masing-masing pernah mendapat tempat pertama setiap minggu“, jelas Dato’ Ramli MS.
Pihak Astro juga turut menyangkal dakwaan bahawa kemenangan kedua-dua peserta sebagai juara pada malam itu telah dirancang berikutan terdapat dua trofi juara yang diberikan kepada pemenang.
Sebenarnya trofi yang anda lihat itu salah satunya adalah replika untuk tujuan promosi dan penggambaran. Manakala yang satu lagi adalah trofi yang sebenar. Pihak Astro juga akan menambah hadiah kemenangan sama rata buat kedua-dua juara, jelas Ketua Strategi Kandungan Saluran Astro, Raqim Ahmad.
Sementara itu Naqiu dan Hady ketika ditemui sewaktu sidang media berkata mereka tetap positif dengan keputusan pada malam itu kerana masing-masing menyangka pasangan ‘battle’ mereka yang bakal bergelar juara.
Alhamdulillah saya bersyukur dengan kemenangan pada malam ini. Sejujurnya saya sertai Gegarvaganza kerana mahu kembali ke dalam Industri seni. Tadi saya sempat berkata kepada Hady bahawa dia akan jadi juara pada malam ini kerana saya tahu saya ada buat silap ketika rap. Tapi Hady pula memberitahu saya bahawa saya akan menang“, ujar Naqiu.
Bagi Hady pula beliau ingin Naqiu bergelar juara kerana mahu rakan seangkatannya itu merasai pengalaman bergelar juara.
Saya sudah pernah menjuarai beberapa pertandingan sebelum ini. Jadi saya mahu Naqiu rasa pengalaman bergelar juara. Saya dapat tempat kedua dan ketiga pun saya tak kisah kerana kemenangan belum tentu dapat memastikan anda menerima tawaran kerja selepas tamat pertandingan. Saya telah melaluinya sebelum ini. Namun saya bersyukur kami berdua berkongsi rezeki pada malam ini sebagai juara”, luah Hady.
Sebagai juara, Naqiu dan Hady telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, pakej ubah suai ruang tamu dan makan serta trofi sumbangan Astro.
Tempat ketiga pada malam itu telah disandang oleh penyanyi dari Singapura iaitu Jatt Ali, tempat keempat jatuh kepada Nur Fatima, tempat kelima kumpulan One Nation Emcees dan tempat keenam Sham Visa.
Artikel : Amy Miyake
Foto :  Instagram Naqiu & Astro
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber