95968

Naqiu Mahu Derma Separuh Wang Kemenangan Pada Rumah Anak Yatim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Juara Gegarvaganza musim keenam iaitu Naqiu memberitahu bahawa beliau akan mendermakan separuh dari wang kemenangan beliau kepada rumah-rumah anak yatim.

Sebagai juara, Naqiu dan Hady masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 serta beberapa hadiah sampingan termasuklah percutian ke Eropah Timur.
Saya sudah memasang niat sejak dari peringkat suku akhir dan saya memberitahu isteri saya bahawa saya akan mendermakan separuh daripada wang kemenangan kepada rumah anak yatim andai saya bergelar juara“, ujar Naqiu.
Ditanya kenapa beliau sanggup mendermakan separuh daripada duit kemenangannya, kata Naqiu sewaktu beliau memilih untuk menyertai Gegarvaganza, niatnya hanyalah mahu kembali ke dalam Industri.
Gegarvaganza adalah medium untuk saya membina semula karier nyanyian saya. Duit kemenangan itu saya tak fikir sangat sebenarnya kerana Gegarvaganza ini lebih kepada ‘platform’ untuk saya”, jelasnya.
Naqiu akan memilih beberapa buah rumah anak-anak yatim untuk diberikan sumbangan hasil kemenangannya.
Alhamdulillah serta tahniah sekali lagi diucapkan kepada Naqiu. Semoga niat murni Naqiu untuk berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim akan dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah selepas ini.
Artikel oleh: Amy Miyake
Gambar: Instagram Naqiu @thisisnaqiu
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!