72562

Nasha – The Return Of Supermodel - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini telah berlangsung Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur.

Sewaktu pertunjukan koleksi dari pereka duo terkenal negara Rizman Ruzaini, mereka telah memilih supermodel dan pelakon terkenal Nasha Aziz sebagai ‘muse’ untuk koleksi kali ini.

screen-shot-2017-08-28-at-12-05-43-pmscreen-shot-2017-08-28-at-12-06-01-pm

Tatkala Nasha muncul dari belakang pentas, beliau menerima sorakan dan tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.

Agak lama Nasha menyepi dari pentas minggu fesyen. Kemunculannya kali ini ibarat sirih pulang ke gagang.

screen-shot-2017-08-28-at-12-05-24-pm

Aksinya yang penuh berkarektor sewaktu berjalan di atas pentas begitu memukau. Aura supermodel Nasha begitu terserlah tatkala berjalan memakai busana indah ciptaan Rizman Ruzaini.

Tubuh tinggi lampainya masih ‘fit’ bagi seorang model yang sudah mencecah usia 40an.

screen-shot-2017-08-28-at-12-04-36-pm

Terubat rasanya rindu peminat-peminat Nasha yang sudah sekian lama menanti dirinya kembali beraksi di pentas ‘runway’.

Katanya Nasha kini lebih selektif dalam memilih pereka yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai model. Hanya pereka yang betul-betul berbakat sahaja akan dipilih Nasha.

screen-shot-2017-08-28-at-12-03-58-pm

Tahniah Suria ucapkan kepada Rizman Ruzaini dan Nasha Aziz kerana telah memberikan sesuatu yang bakal dikenang untuk jangka masa yang lama.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!