72491

Nasi Lemak Power Memang Tengah Power di Kecoh Suria! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-07-27-at-2-06-21-pm-6

Wah! Kala petikan ini ditulis, kumpulan Nasi Lemak Power yang dianggotai Zulin Aziz, Suraya Borhan dan juga Amy Mastura sedang mendahului dari segi jumlah undian untuk kempen Kecoh Suria.

Seperti yang diumumkan Kecoh Suria merupakan sebuah acara permainan yang melibatkan bakat seperti menyanyi, menari dan berlakon serta dapat ditonton dalam talian di laman www.suria.my

team-social-media-3

Sebanyak tiga kumpulan sedang berentap selama empat minggu bagi merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM 10,000!

Dua lagi kumpulan yang turut sama berentap adalah kumpulan Cekodok Panas serta Karipap Kaboom yang masing-masing dianggotai oleh Fizi Ali, Tyzo serta Izzue Islam dan juga DJ Lin, Shahrol Shiro serta Zarul Hussin.

promo-banner_kecoh-suria_1920x693px

Aksi-aksi kecoh mereka menyanyi, menari, dan juga berlakon boleh ditonton di laman www.suria.my di mana anda juga boleh mengundi kumpulan kegemaran anda.

Caranya mudah sahaja, layari laman sesawang kami dan klik pada visual yang memaparkan logo Kecoh Suria dan klik pada kata-kata ‘undi sekarang’seperti yang tertera di bawah.

https://images.suria.my/kecoh-suria2/

 

Kami yakin ramai yang ingin melihat kumpulan kesayangan mereka menang. Selain itu dengan menonton video-video Kecoh Suria, para pendengar Suria juga boleh mengambil bahagian dalam permainan Cer Teka Siapa yang ke udara di radio setiap hari sehingga 24 Ogos ini.

Pembayang untuk mendapatkan jawapan dalam segmen Cer Teka Siapa ada di dalam video-video Kecoh Suria!

promo-banner_cer-teka-siapa_1920x693

Jadi tunggu apa lagi? Undi kumpulan kegemaran anda di Kecoh Suria sekarang!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!