72747

Nastia, Cassidy dan Haqiem Rusli Meriahkan Mydin Pulau Sebang - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-49-am-2

Rancangan Suria Jam musim kedua diteruskan lagi dan semalam kumpulan Nastia, Cassidy dan juga Haqiem Rusli sempat menghiburkan pengunjung Mydin Hypermarket Pulau Sebang di Melaka serta beramah mesra dengan para peminat yang hadir.

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-48-am

Acara yang bermula sekitar jam lima petang itu turut menyaksikan kehadiran dua orang penyampai Suria iaitu Fizi Ali dan juga Suraya Borhan selaku pengacara episod Suria Jam tersebut.

Selain menghiburkan peminat dengan persembahan nyanyian, terdapat juga segmen di mana para artis jemputan mengundang ‘protege’ masing-masing daripada kalangan penonton yang hadir dan beradu vokal untuk memenangi hadiah.

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-49-am-7

Seperti yang telah ditunggu-tunggu peminat, kesemua artis telah menyampaikan lagu-lagu hit mereka iaitu Rapuh oleh Nastia, Tergantung Sepi  dan Segalanya oleh Haqiem Rusli serta Seperti Dia oleh Cassidy.

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-49-am-5

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-49-am

Malah Cassidy juga sempat mendendangkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini manakala Nastia dan Haqiem Rusli sempat berduet lagu Dia nyanyian asal Vina Panduwinata (yang dipopularkan oleh Sheila Majid)

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-49-am-3

Rata-rata peminat semua terhibur dengan persembahan Suria Jam semalam. Malah ramai peminat gembira kerana dapat mengambil gambar dan bertemu dengan artis-artis jemputan yang hadir.

whatsapp-image-2017-11-06-at-11-22-49-am-8

Suria mengucapkan terima kasih kepada semua para pengunjung yang telah hadir dan sama-sama memeriahkan rakaman Suria Jam musim kedua di Pulau Sebang semalam.

Jika ingin beramah mesra dengan lebih ramai artis popular yang lain, jangan lupa bersama-sama kami di acara-acara Suria Jam seterusnya pada tarikh-tarikh berikut :

25 November 2017, di Mydin MITC Melaka, 9 Disember di Mydin Meru Raya, Ipoh dan 23 Disember di Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!