101650

Nathalie Holscher Tampil Berhijab, Padam Gambar Seksi Selepas Peluk Islam… Netizan Doa Terus Istiqamah - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS mengambil keputusan memeluk agama Islam, personaliti media sosial yang juga merupakan disc jockey (DJ) Nathalie Holscher mula mengubah penampilan dan memadam semua foto lamanya di Instagram.

Dia dilihat kini muncul dengan imej baharu mengenakan hijab serta menukar cara pemakaiannya sebagai seorang muslimah.

Tindakan Nathalie memadam foto seksinnya dahulu menerima pujian netizen yang berharap agar dia kekal istiqamah.

Selain komen pujian, ada juga netizen membuat andaian Nathalie kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelawak Sule.

Apatah lagi Sule menjadi saksi ketika Nathalie mengucapkan dua syahadah pada Selasa lalu.

Lebih menarik perhatian apabila ada peminat menyamakan wajah Nathalie mirip seperti arwah isteri Sule iaitu Allahyarham Lina Jubaedah.

Pada Jumaat lalu, Nathalie mendedahkan dia sudah lama memasang impian untuk bergelar seorang Muslim sehinggalah menerima hidayah semasa tidur.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Wow Keren

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!