86511

Nazim Othman & Bella Dally Umum Penceraian Di Instagram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sesuatu yang mengejutkan di awal Ramadan tatkala umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa apabila pelakon Nazim Othman dan Bella Dally mengumumkan penceraian mereka di Instagram masing-masing.

Mereka berdua telah memuatnaik status di Instagram untuk memberitahu pengikut mereka bahawa perkahwinan mereka telah pun berakhir.

Ramai peminat serta rakan artis nyata terkejut dengan pengumuman itu. Masing-masing telah memberikan kata-kata semangat di ruangan komen Instagram kedua-dua selebriti itu.

Mengikut kronologi, hubungan mereka mula dikatakan mempunyai masalah sejak dari awal tahun lalu. Malah Bella pernah memadamkan semua gambarnya bersama Nazim satu ketika dahulu.

Namun kata Bella di dalam pengumumannya itu bahawa mahligai yang dibina mereka tidak menjadi. Mereka berdua juga sudah berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka, namun gagal.

SURIA doakan semoga kalian berdua menemui ketenangan dan SURIA percaya pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!