72272

Nedim Mahu Nora Danish Berhenti Berlakon - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berikutan fitnah dan kecaman demi kecaman yang diterima isterinya, suami kepada pelakon Nora Danish mahu isteri tercintanya itu berhenti berlakon.

Nedim dalam satu komen balasnya menerusi Instagram telah menyatakan bahawa dia ingin Nora berhenti berlakon secara perlahan-lahan dan jalani kehidupan yang lebih gembira.

_20170513_193713

Disebabkan isu itu, pelbagai tohmahan serta fitnah dihamburkan kepadanya sehingga menjejaskan perniagaannya.

Nora sewaktu ditemui di sidang media khas berkata, dia tidak tahu mengenai permintaan suaminya itu.

_20170513_193817

“Sebagai Isteri yang solehah saya akan mendengar cakap suami saya kerana itu yang terbaik, saya pun tak ada terfikir nak berlakon sampai ke tua,” jelasnya.

Namun kata Nora beliau belum bercadang untuk berhenti berlakon dalam masa terdekat ini.

screen-shot-2017-05-13-at-7-40-13-pm

“Mungkin saya akan memperlahankan aktiviti seni saya dan fokus kepada keluarga dan perniagaan buat sementara, tetapi untuk berhenti berlakon bukan sekarang” jelasnya lagi.

Nedim yang turut berada di sidang media tersebut walau bagaimanapun enggan memberi sebarang komen kepada pihak media. Katanya dia tidak mahu mencampuri isu yang sedang melanda isterinya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!