88875

Neelofa & Ameera ‘Menggegarkan’ Pentas KLFW2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kehadiran bintang terkenal Noor Neelofa dan adiknya Ameera Khas telah menggegarkan pentas minggu fesyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW18) malam semalam.

Neelofa dan Ameera telah berjalan di atas pentas bagi pertunjukan fesyen Melium Group dan Farah Khan di mana masing-masing memakai persalinan daripada jenama antarabangsa Max Mara dan Stuart Weitzman.

Kehadiran dua figura terkenal ini di atas pentas KLFW18 telah menjadi bualan ramai bukan sahaja kerana mereka berdua adalah individu yang popular, tetapi juga dek pakaian yang digayakan mereka di atas pentas.

Selain Neelofa dan Ameera, beberapa lagi selebriti popular turut diberi kesempatan berjalan di atas pentas fesyen yang gah itu. Antaranya ialah Scha Al Yahya, Anzalna Nasir, Siti Saleha, Kavitha Sidhu, Syafiq Kyle, Idris Khan dan Awal Ashaari.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!