71866

Neelofa Bagi 'Hint' Apa Punca Hubungannya Dan Fattah Amin Retak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini pelakon cantik, Neelofa telah tampil untuk menegaskan supaya netizen tidak lagi mengaitkan namanya dengan pelakon lelaki, Fattah Amin.

ctqfnalueaa7wmx

Apa yang difahamkan, hubungan mereka berdua telah berakhir apabila Fattah dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain iaitu seorang pelakon yang berdarah campuran.

Menurut tuan empunya badan, dia sebenarnya sangat kecewa selepas mengetahui tentang hal ini tetapi cuba untuk tidak memberikan komen yang panjang.

“Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan. Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok.”

Neelofa juga sempat menceritakan tentang hubungan beliau dan Fattah buat masa sekarang.

“Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama. Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami. Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated.”

Jika benar hal ini terjadi, diharapkan agar Neelofa bersabar dengan apa yang telah terjadi. Apa pula kata Fattah tentang isu ini? Adakah Fattah akan tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya telah terjadi? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Penulis : Fara Ismail | Sumber : mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!