72168

Neelofa Bakal Tampil Dengan Rancangan Realiti Sendiri - Suria FM - Segalanya Hiburan

media

Pelakon dan pengacara popular Neelofa dikatakan bakal muncul dengan rancangan realitinya sendiri.

Setakat ini pihak Suria baru sahaja mendapat undangan untuk menghadiri sidang media serta pelancaran rancangan realiti tersebut yang akan berlangsung Jumaat ini.

Namun begitu, pihak media belum diberitahu maklumat lanjut berkenaan konsep rancangan realiti tersebut. Apa yang kami tahu buat masa ini, rancangan realiti tersebut tidak akan bersiaran di saluran televisyen awam atau berbayar tetapi akan berada secara atas talian di internet.

Pasti ramai peminat Neelofa yang sudah lama menanti-nantikan rancangan realiti artis jelita ini untuk mendalami kehidupannya secara lebih terperinci sebagai seorang selebriti dan juga usahawan berjaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, terus ikuti perkembangan di laman sesawang Suria tidak lama lagi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!