72629

Neelofa Berdiri Sebaris Dengan Model Victoria's Secret - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa telah berdiri dan duduk sebaris bersama supermodel dan selebriti terkenal dunia sewaktu menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan oleh jenama barang kemas terkemuka dunia Swarovski di Milan.

screen-shot-2017-09-21-at-9-46-40-pm

screen-shot-2017-09-21-at-9-45-57-pm

Neelofa telah diundang ke majlis itu kerana beliau adalah salah seorang duta untuk jenama Swarovski.

https://www.instagram.com/p/BZSBAohFTQ9/?hl=en&taken-by=neelofa

Antara supermodel yang turut hadir di acara itu adalah Naomi Campbell, Karlie Kloss, Alessandra Ambrosio, Martha Hunt, Jourdan Dunn, Fei Fei Sun, dan Shanina M Shaik.

screen-shot-2017-09-21-at-9-32-32-pm

Kebanyakan dari model-model berkenaan adalah supermodel yang mewakili jenama terkenal Victoria’s Secret.

screen-shot-2017-09-21-at-9-41-29-pm

Dalam satu video yang dimuatnaik Neelofa di Instagramnya, kelihatan beliau duduk semeja bersama model-model Victoria’s Secret itu.

Neelofa menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia dan wanita berhijab pertama yang dipilih menjadi wajah Swarovski sebaris dengan supermodel terkenal dunia yang lain.

screen-shot-2017-09-21-at-9-31-38-pm

Pada majlis itu, Neelofa telah menggayakan gaun rona merah darah rekaan Fizi Woo serta disolek oleh jurusolek terkenal Khir Khalid.

screen-shot-2017-09-21-at-9-35-28-pm

Tahniah Suria ucapkan kepada Noor Neelofa!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!