72801

Neelofa Bolot Anugerah Intrend Gala 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung acara Intrend Gala 2017 bagi mengiktiraf setiap individu yang terlibat dalam pembikinan majalah gaya hidup paling unggul di Malaysia iaitu Intrend.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan merangkumi pelbagai aspek, antaranya selebriti, jurusolek, model dan pereka fesyen. Tidak terkecuali anugerah untuk mengiktiraf ibu, lelaki dambaan serta ikon media sosial.

Namun yang paling menang besar pada malam itu ialah Noor Neelofa apabila berjaya mengondol 3 trofi termasuk anugerah utama.

Antara anugerah yang berjaya diraih pelakon utama Red Velvet ini ialah Anugerah Suri Teladan Inspirasi, Selebriti Paling Menawan dan Anugerah Aditeladan Malaysia 2017.

“Tahun ini adalah tahun yang hebat untuk saya, saya bersyukur dapat peminat yang menakjubkan. Banyak benda yang terjadi, orang nampak yang baik tetapi orang tak tahu apa disebalik kejayaan serta kerja keras yang saya perlu lalui.

“Dari segi fesyen, saya cuma menjadi diri sendiri dan tidak menjadi atau meniru orang lain. Saya akan pakai apa yang saya selesa dan suka untuk mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baru.

screen-shot-2017-11-24-at-4-07-55-pm

Melihat kepada perjalan kariernya pada tahun ini, dari awal tahun hingga ke penghujung kejayaan sentiasa menghimpit diri wanita jelita ini.

“Saya tidak pernah merancang untuk jangka panjang. Apa yang terjadi tahun ini ‘on the spot’. Semua kejayaan yang diraih datang secara tiba-tiba tanpa disangka.

Neelofa turut memberi tahu bahawa dirinya akan terus sibuk sehingga bulan Mac tahun hadapan untuk menjalani penggambaran diluar negara.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Neelofa dan semua pemenang. Terima kasih kepada Majalah Intrend kerana menjemput SURIA ke acara gilang  gemilang ini.

Senarai pemenang Anugerah Intrend Gala 2017:

Anugerah Aditeladan Malaysia 2017 – Noor Neelofa
Anugerah Suri Teladan Insipirasi – Noor Neelofa
Anugerah Selebriti Paling Menawan – Noor Neelofa
Anugerah Model Terhangat – Shikin Gomez
Anugerah Supermom – Zarina Zainuddin
Anugerah Lelaki Dambaan – Syafiq kyle
Anugerah Jurusolek Popular – Khir Khalid
Anugerah Pereka Fesyen Popular – Rizman Ruzaini
Anugerah Pakar Dandan Popular – Ckay Liow
Anugerah Bintang Viral – Dato Seri Vida
Anugerah Wajah Sampul Popular – Fattah Amin
Anugerah Social Media Influencer – Vivy Yusof
Anugerah Selebriti Fesyen Ikonik – Scha Al Yahya

 

Kredit foto : Instagram IntrendMalaysia & Aqoimran

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!