72448

Neelofa Kesal Dituduh Perosak Percutian Fattzura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Beberapa minggu lalu kecoh apabila tiga pelakon yang panas lagi sensasi, Neelofa, Fattah Amin dan Fazura dikatakan telah bercuti di tempat yang sama di sebuah pulau di Thailand.

Neelofa dan Fattah pernah digosipkan bercinta namun kini jejaka itu dikatakan sedang rapat dengan Nur Fazura.

screen-shot-2017-07-19-at-6-12-06-pm

Netizen telah menuduh Neelofa sengaja memilih lokasi yang sama dengan pasangan drama Hero Seorang Cinderella itu.

Malah katanya mereka ada terserempak di KLIA, namun Fattah dan Fazura dikatakan telah menukar penerbangan mereka.

screen-shot-2017-07-19-at-6-11-27-pm

Neelofa sewaktu ditemui di pelancaran tudung terbaru Naelofar berkata, dia mengakui ada terserempak dengan Fattah di KLIA.

Katanya lagi, beliau telah menempah tiket penerbangan dan hotel pada 16 Jun dan tidak tahu menahu tentang percutian Fattah dan Fazura yang kebetulan menuju ke lokasi yang sama.

screen-shot-2017-07-19-at-6-17-06-pm

“Saya kesal apabila macam-macam spekulasi timbul sedangkan di pihak kami tiada apa-apa pun yang berlaku.

Tentang dakwaan melarikan diri atau menyorok sebagainya, saya tidak mahu komen banyak cuma kalau saya berada di tempat mereka, saya tidak akan tukar penerbangan”, jelasnya.

screen-shot-2017-07-19-at-6-19-34-pm

Tambah Neelofa lagi, beliau langsung tidak terfikir akan ada drama yang akan berlaku disebabkan hal sekecil ini.

Sumber : Astro Gempak

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!