71950

Neelofa Kongsi Ciri Lelaki Idaman & Bakal Menamatkan Zaman Bujang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pengacara dan pelakon kecil molek, Neelofa sememangnya sedang hangat di sosial media selepas lakonan mantapnya dalam drama Suri Hati Mr Pilot baru-baru ini.

Baru-baru ini Neelofa telah mengeluarkan satu kenyataan yang pastinya akan membuat peminat Lofa tidak sabar menanti hari bersejarah itu dan siapa lelaki yang berjaya menakluki hati si kecil molek ini.

7n_neelofastillacting00

Menerusi portal Media Hiburan, Neelofa menjelaskan bahawa beliau sudah ada perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tahun ini. Haa tahun ini? Bila? Dengan siapa?

Bukan itu sahaja, Neelofa juga sempat berkongsi antara ciri-ciri lelaki idaman yang beliau inginkan untuk menjadi pasangan hidupnya. Jom kita baca kenyataan Lofa dengan lebih lanjut:

“Kalau boleh saya mahu kahwin pada tahun ini atau paling tidak pun setahun dua lagi. Saya tak mahu bercinta sangat yang penting dapat terus bernikah.

“Lelaki yang saya mahukan sudah tentu lelaki yang baik. Maksud baik di sini adalah lelaki yang mempunyai empat sikap yang saya inginkan iaitu jujur, bertanggungjawab, menghargai dan hormat saya.

“Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga. Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini.”

Haa agak-agaknya siapalah si bertuah yang berjaya memikat hati Neelofa ini kan? Tapi betul juga apa yang dikatakan oleh Lofa, tiada gunanya kalau anda jujur tetapi tidak tahu cara hormat, menghargai dan bertanggungjawab.

Kalau lelaki-lelaki diluar sana rasa anda ada ciri-ciri yang dicari oleh Neelofa, beranikanlah diri untuk mengorat si kecil molek ini! Hehe. 

Sumber : Media Hiburan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!