88667

Neelofa Selebriti Kedua Dipilih Selepas Lady Gaga - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah menjadi selebriti kedua di dunia yang dipilih untuk menjayakan kempen Cup Of Kindness Starbucks selepas Lady Gaga.

Cup Of Kindness merupakan kempen amal di mana setiap pembelian minuman khas di Starbucks, 50 sen daripada setiap pembelian akan didermakan kepada tabung amal.

Neelofa malah turun padang ke salah sebuah cawangan Starbucks yang teletak di Robinson Kuala Lumpur untuk menjayakan kempen ini dan turut berpakaian seperti seorang barista.

“Alhamdulillah sambutan pada hari in sangat menggalakkan. Sebenarnya ini adalah salah satu percubaan untuk kami lihat sejauh mana kempen serta kolaborasi ini boleh pergi.

Ini adalah kali kedua Starbucks anjurkan acara sebegini di dunia selepas kali pertama di Amerika Syarikat bersama Lady Gaga.

Kata pengacara Meletop ini lagi, pada mulanya beliau turut risau dengan penerimaan masyarakat di Malaysia dengan kolaborasi ini kerana ada segelintir pihak yang mempunyai pandangan yang skeptical mengenai Starbucks.

“Tetapi saya telah mengkaji terlebih dahulu tentang Starbucks dan melihat mereka banyak membantu dari segi ekonomi di Malaysia. Starbucks juga banyak memberi bantuan menerusi program amal yang dilakukan. Malah hampir seratus peratus pekerja di Starbucks Malaysia adalah rakyat tempatan”, ujarnya.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Neelofa dengan kolaborasi kedua di dunia ini. Semoga program amal ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan dapat meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber