72642

Neelofa Wajah Pertama Lancôme Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Noor Neelofa telah dilantik sebagai duta pertama dari Malaysia yang mewakili jenama kecantikan antarabangsa terkenal Lancôme Paris.

Apa yang lebih membanggakan, Neelofa bukan sahaja duta pertama dari Malaysia, tetapi merupakan wanita Muslim berhijab pertama di dunia yang mewakili jenama berkenaan.

Neelofa sewaktu ditemui di majlis memperkenalkannya sebagai duta berkata, beliau amat bangga kerana telah dipilih sebagai wajah pertama dari Malaysia yang dipilih oleh Lancôme Paris.

“Saya sudah lama menggunakan produk Lancôme malah sebelum saya menjadi artis lagi. Produk yang paling saya gemari dan pakai dari dulu adalah gincu”, jelasnya.

Wakil dari Lancôme Caroline Foo menjelaskan pemilihan Neelofa sebagai wajah pertama mewakili Malaysia adalah kerana mahu mencari kepelbagaian dalam kecantikan.

img_20170928_115003

Kerjasama yang terjalin di antara pihak Lancôme dan Neelofa sejak dua tahun lalu telah membuka mata mereka bahawa Neelofa adalah wanita yang paling tepat untuk mewakili jenama Lancome di Malaysia.

“Neelofa melambangkan wanita hari ini di Malaysia. Menerusi daya keusahawanan dan pemikirannya yang luar biasa, peribadi dan budi pekerti yang menawan serta gaya hidup moden, muncul sifat kewanitaan yang sempurna dan bertepatan dengan nilai-nilai Lancôme.

Neelofa mempunyai banyak persamaan dengan duta-duta antarabangsa kami seperti Kate Winslet, Julia Roberts, Penelope Cruz, Lily Collins, Lupita Nyong’o dan Taylor Hill. Dia cukup bersemangat, berkeyakinan tinggi, penyayang, dan tidak takut untuk menyuarakan pendapat.

lancome-summer-2013-la-vie-est-belle-legere

Neelofa melambangkan suara dan wajah Lancôme Malaysia. Seseorang yang cukup dekat dihati wanita. Neelofa membiaskan imej Lancôme kerana kecantikan, kenyakinan dan keserian yang dimilikinya cukup universal dan pada masa yang sama dia kekal moden dan masih merendah diri”, jelas Caroline.

img_20170928_115232

Pada majlis berkenaan, Neelofa turut berkongsi cerita bagaimana beliau mendapat nama Neelofa dan ia ada kena mengena dengan Lancôme.

Sewaktu ibu Neelofa mengandungkannya, ibunya telah pergi ke kaunter jualan Lancôme di sebuah pusat membeli belah di kelantan.

Disitu ibunya terjumpa dengan seorang gadis yang begitu cantik yang bernama Neelofa. Kerana terpegun dengan kecantikan gadis itu, ibunya menamakannya dengan nama Noor Neelofa.

screen-shot-2017-09-28-at-4-10-25-pm

Sebagai duta Lancôme, Neelofa akan dibawa ke makmal penghasilan produk Lancôme di Paris pada bulan hadapan untuk bertemu kumpulan global Lancôme Paris dan mengenali jenama itu dengan lebih mendalam.

Tahniah dari SURIA untuk Neelofa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!