
/wp-content/uploads/2018/05/Screen-Shot-2018-05-16-at-12.59.49-PM.png)
Semalam figura terkenal dalam dunia politik tanah air iaitu YB Syed Saddiq telah menjadi tetamu jemputan rancangan Meletop yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.
Ramai penonton nyata teruja dengan kehadiran Syed Saddiq ke set Meletop. Syed Saddiq merupakan seorang ahli politik yang terkenal bukan sahaja kerana kredibilitinya, tetapi juga ketampanan wajahnya yang bisa mencairkan hati wanita.
Namun dalam keghairahan menonton Syed Saddiq diwawancara oleh Nabil dan Neelofa, ada pula netizen yang cemburu melihat Syed Saddiq dan Neelofa bersama.
Kata mereka, mereka takut Syed Saddiq akan ‘digoda’ oleh Neelofa dan Neelofa cuba untuk ‘control ayu’ di hadapan Syed Saddiq.
Aduh kenapa la fikir sampai macam tu sekali? Tak malu ke menunjukkan perangai sebegitu di media sosial. Sepatutnya selepas kita bertukar kerajaan yang baru, mentaliti kita juga harus bertukar menjadi lebih matang. Bukan bersikap kebudak-budakan.
Jangan sampai disebabkan sikap netizen sebegini akan membuatkan sesetengah individu takut pula untuk muncul di dalam rancangan Meletop.
Apa-apapun SURIA terhibur menonton episod Meletop semalam!