85121

Netizen Kutuk Nora Danish Mengada-ngada Waktu Mengandung Terdiam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini, netizen pernah mempersoalkan kenapa pelakon Nora Danish menggunakan kerusi roda sewaktu beliau hamil sehingga ada yang menggelarnya sebagai manja dan mengada-ngada.

Namun beberapa hari lalu Nora telah memberitahu sesuatu yang agak mengejutkan ramai tentang apa yang dilaluinya sewaktu hamil sehingga membuatkan netizen yang pernah mengecamnya terdiam.

Menerusi Instagram milik Nora, beliau telah memuatnaik gambar berserta kepasyen yang panjang lebar menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepadanya sewaktu menghamilkan Mohamed Neqayl Nedim.

screenshot_2018-02-20-14-29-45-065

Menurut Nora sewaktu mengadungkan Neyqal, beliau mempunyai 2 ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya yang sangat merbahaya sehinggakan beliau dinasihatkan untuk melahirkan Neyqal secara pembedahan biarpun beliau mahu melahirkan secara normal.

Kata Nora lagi beliau sangat bersyukur kepada Allah kerana dapat melahirkan anaknya dengan selamat kerana fibroid yang menyerangnya mampu menyebabkan keguguran dan beliau mungkin akan dimasukkan ke wad pegjagaan rapi (ICU).

Nora turut menasihati kepada wanita di luar sana supaya sentiasa mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengesan fibroid dan segera membuangnya.

Kepada netizen diluar sana jangan terlalu cepat menghukum. Kalau Nora tidak dedahkan beliau mempunyai fibroid, pasti kita tidak tahu kenapa Nora tidak mampu untuk berjalan sewaktu sedang hamil biarpun sewaktu itu beliau sedang menahan kesakitan.

Tahniah dari SURIA untuk Nora Dansih dan suami. Smeoga Nora terus menjadi ibu yang kuat dan anak Nora membesar dengan sihat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!