90571

Netizen Menangis Menonton Klip Video Lagu Terbaru InTeam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak mula dilancarkan pada 5 Oktober yang lalu, klip video lagu berjudul ‘Dia’ yang disampaikan oleh
kumpulan Inteam rata-rata mendapat reaksi penonton yang menyatakan kesedihan mereka
sehingga menitiskan air mata.

Video muzik yang menampilkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebagai pelakon itu, dikatakan
sangat menyentuh hati dan begitu kena dengan lagu dan lirik yang disampaikan. Turut ditampilkan
ialah anak pasangan suami isteri tersebut iaitu Awish dan Kikim yang turut berlakon dengan
berkesan.

Video tersebut yang berjaya menduduki tangga ‘trending’ kedua di Youtube dalam masa satu hari
kini telah mencecah tontonan sebanyak 300,000 tontonan dan mencapai sehingga lebih 3000 komen
dan 28,000 like.

Video muzik tersebut mengisahkan pasangan suami isteri yang bahagia dengan dua orang cahaya
mata yang comel namun teruji dengan satu peristiwa di mana suaminya telah didapati hilang ketika
menjalankan misi kemanusiaan di Gaza. Walaubagaimanapun, suami tersebut terselamat, namun
buta kedua mata akibat kemalangan letupan yang berlaku di Gaza. Suaminya berada di dalam dilema
untuk pulang kepada keluarganya kerana tidak mahu membebankan mereka. Namun akhirnya,
mereka dipertemukan semula.

Sebahagian netizen yang memberikan komen, turut mengaitkan jalan cerita video ini dengan jasa
pengorbanan enam orang wira anggota bomba yang tular di media sosial selepas terkorban ketika menjalankan tugas. Mereka turut mendoakan keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran.

Muzik video ini turut dikongsikan oleh beberapa selebriti terkenal. Selain Norman Hakim dan Memey
Suhaiza sendiri, Dato’ Alif Syukri dan Syamsul Yusuf turut berkongsi video ini di Instagram masing-masing.
Rata-rata peminat Inteam juga menyatakan, lagu dan muzik video ini merupakan kepulangan semula
atau ‘comeback’ Inteam dengan lagu yang hampir menyamai konsep lagu-lagu popular mereka suatu
masa dahulu seperti Nur Kasih, Impian Kasih dan Kasih Kekasih.

Lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Syah Inteam ini sudah pun berada di semua platform digital
dan di Youtube rangkaian Inteam Records.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!