84832

Netizen Murung Seharian Dengar Nazim Othman Cakap Korea - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular Nazim Othman dikecam hebat gara-gara babak dia bercakap dalam bahasa korea menjadi tular di media sosial.

Salah seorang netizen telah memuatnaik babak Nazim berdialog dalam bahasa korea dalam sebuah drama bersama dengan Eyka Farhana.

whatsapp-image-2018-01-15-at-12-49-09-pm

Kebanyakan netizen yang menonton video berkenaan mengecam bahasa Korea yang digunakan Nazim yang disifatkan sebagai ‘tidak kena’ dan tidak kedengaran seperti bahasa Korea.

Ada juga yang mengatakan dialog Nazim kedengaran seperti bahasa Hindustan dan bukan bahasa Korea.

Lebih menyedihkan apabila ramai yang memberi komen bahawa mereka terus murung selepas menonton video itu.

whatsapp-image-2018-01-15-at-12-40-11-pm

 

Aduh kenapa sampai macam tu sekali dik? Ada banyak lagi sebab atau perkara yang boleh memurungkan. Tak baik tau murung-murung. Hidup ni kena selalu positif dan ceria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!