86169

Netizen Terhibur Dengan Video Zulin Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Penyampai SURIA Pagi yang satu ni memang rajin memuatnaik video-video yang kelakar di akaun media sosialnya. Siapa lagi kalau bukan Zulin Aziz.

Sebelum ini Zulin telah memuatnaik video suntingannya bersama superstar Korea, Lee Min Ho yang menjadi tular di media sosial.

Terbaru Zulin telah memuatnaik video dirinya dalam pelbagai watak melakonkan situasi yang sering terjadi dalam masyarakat kita seperti bekas tupperware anak yang hilang di sekolah.

Ramai netizen yang begitu terhibur dengan video Zulin yang disifatkan mereka sebagai sangat kelakar dan penghilang bosan.

SURIA sendiri pun tak kering gusi melihat video-video yang dimuatnaik Zulin yang sememangnya kelakar habis. Teruskan berkarya ya Zulin!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!