90688

Netizen Terhibur Tonton Anta Permana Versi Dikir Barat Nyanyian Issey - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Baru-baru ini penyampai Team Pagi Suria siapa lagi kalau bukan Issey, telah memuatnaik sebuah video dirinya yang menyanyikan lagu Anta Permana versi dikir barat.

Video berkenaan telah mendapat lebih dari 85 ribu tontonan di Instagram dan lebih dari 300 komen. Malah penyanyi asal lagu Anta Permana iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri pun telah memuatnaik semula video berkenaan di Instagram beliau dan mendapat hampir 400 ribu tontonan.

Rata-rata netizen terhibur dengan lagu Anta Permana versi dikir barat yang dinyanyikan oleh Issey. Malah ada yang ulang menonton video berkenaan sebanyak 40 kali. Kata mereka lagi, dalam banyak-banyak video Anta Permana yang dimuatnaik, versi Issey yang paling menarik.

Ada juga netizen yang mengambil inspirasi dari cara nyanyian Issey untuk persembahan mereka sendiri.

Wow hebat betul penangan Anta Permana versi dikir barat dari Issey ni ya. Agak-agaknya macam mana kalau Issey bergabung dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu ya? Pasti gempak!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!