Sekarang ini seluruh dunia tengah demam ‘keke challenge’. Sana-sini orang sibuk memautnaik video itu di sosial media.

Tidak terkecuali para selebriti tempatan antaranya pelakon Hafidz Roshdi, dan juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Dalam banyak-banyak video ‘keke challenge’ yang dimuatnaik, video Siti Sarah paling mencuit hati.

Ramai netizen dan rakan artis yang terhibur dengan video itu kerana akhirnya Sarah ditinggalkan oleh Shuib dan terpaksa berjalan kaki.

Sehingga kini video itu telah mendapat hampir 500 ribu tontonan dan hampir 9000 komen.

Memang terhibur SURIA tonton video tu. Comel jer Sarah merajuk dengan Shuib lepas kena tinggal.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!