90842

Netizen Terhibur Tonton Tutorial Turban 15 Saat Ala Neelofa Oleh Shiera - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini penyampai Suria Petang iaitu Sharifah Shahira atau Rara telah memuatnaik video tutorial lilitan turban 15 saat di Instagram beliau.

Tutorial tersebut adalah untuk menunjukkan bagaimana untuk melilit turban ala pengacara popular Neelofa.

Video tutorial tersebut lantas menarik perhatian netizen termasuklah Neelofa sendiri yang meninggalkan emotikon ketawa bersama air mata.

Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut meninggalkan komen yang mengatakan bahawa video itu kelihatan sama seperti turban yang digayakan Neelofa.

Sehingga kini video tutorial berkenaan telah mendapat hampir 300 ribu tontonan dan hampir 900 komen.

Aduh Rara ni kalau tak kelakar memang tak sah tau! Lepas ni kita nak tengok Rara pakai topi besar pulak tau! Lepas tu posing tepi kolam renang rumah Rara tu! mesti Vazz!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!