90316

Netizen Terpegun Melihat Kejelitaan Elizabeth Tan Berhijab - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan penyanyi popular berbangsa cina Elizabeth Tan yang popular telah membuatkan ramai netizen terpesona dengan jekelitaannya apabila memuatnaik gambarnya berhijab di Instagram.

Semalam pelantun lagu Polis Entry itu sekali lagi membuatkan jantung ramai para jejaka berdegup kencang selepas memuatnaik videonya yang berhijab bersama dengan aktor popular Syafiq Kyle.

https://www.instagram.com/p/BoduiMoDkJp/?taken-by=elizabethtsm

Sebenarnya Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini berimej sedemikian untuk menjayakan watak Siti Nur Ain dalam drama terbaru lakonannya bersama Syafiq berjudul Senafas Rindu.

Gambar serta video berkenaan telah memdapat ribuan komen daripada netizen yang rata-ratanya suka melihat Lizzy berhijab. Malah mereka sudah tidak sabar untuk menantikan tayangan drama berkenaan di kaca televisyen.

SURIA pun suka melihat Lizzy yang sangat ayu dan jelita mengenakan hijab. Mesti ramai para jejaka di luar sana yang dah gila bayang dengan Lizzy.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!