100004

Nia Ramadhani Disindir Netizen Gara-Gara Berbikini Di Pantai - Suria FM - Segalanya Hiburan

TIDAK pernah lari daripada sorotan netizen, pelakon Indonesia Nia Ramadhani sekali lagi dikecam apabila berkongsi foto memakai bikini ketika bercuti di sebuah pantai negara itu.

Dalam koleksi gambar itu, dia dilihat mengenakan bikini hitam bersama dua rakan baiknya iaitu Teresia dan Gita Janu sambil menikmati air kelapa dan menaiki jetski.

Foto menjolok mata itu dipenuhi teguran sinis netizen yang memenuhi ruangan komen.

Mereka berpendapat pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu tidak sesuai mengayakan pakaian seumpama itu berikutan sudah menunaikan ibadah haji dua tahun lalu.

“Assalamualaikum puan Hajah.

“Foto seperti ini sangat memalukan. Lebih baik simpan untuk koleksi peribadi,” tulis beberapa pengguna Instagram.

Foto berkenaan menerima lebih 1,000 komen dan 200,000 tanda suka.

Nia bagaimanapun tidak memadam atau membalas sindiran-sindiran di laman sosial itu.

Kredit gambar dan artikel dari mStar dan Oke

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...