87888

Nichkhun & Sunny Bertemu Peminat Di Malaysia Esok - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Bintang K-POP terkenal iaitu Nichkhun yang merupakan salah seorang anggota kumpulan 2PM bersama dengan aktor terkenal Thailand,Sunny Suwanmethanont akan bertemu peminat di Malaysia esok untuk mempromosikan filem lakonan mereka yang berjudul ‘Brother Of The Year’.

Turut bersama dengan kedua-dua bintang popular itu ialah pelakon wanita utama filem berkenaan Urassaya Sperbund.

Mereka bertiga akan membuat kemunculan istimewa di hadapan seluruh peminat-peminat Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya pada pukul 7 petang diikuti dengan sesi ‘Meet And Greet’ tayangan eksklusif di GSC Mid Valley pada jam 8.30 malam.

Filem ‘Brother Of The Year’ telah menjadi filem nombor 1 di Thailand. Filem ini mengisahkan tentang hubungan dua beradik dan juga kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka.

Kehidupan mereka mula berubah apabila si adik mula jatuh cinta dengan seorang jejaka tampan.

Selain pelakon-pelakon utama, pengarah filem ini iaitu Vithaya Thongyuyong akan turut serta untuk promosi ini.

Jadi kepada anda semua jangan lepaskan peluang untuk berjumpa sendiri dengan superstar-superstar hebat ini di IOI Mall Putrajaya. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!