72259

Nidji Bakal Menggegarkan Johor Bahru - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-05-08-at-11-39-27-pm

Nidji bukan lagi sebuah nama asing dalam industri hiburan nusantara serantau. Kumpulan kugiran dari Indonesia ini telah lama bertapak di Indonesia dan muzik mereka juga diminati di Malaysia sejak pertama kali mereka memperkenalkan diri di sini hampir 10 tahun yang lalu.

Biarpun sudah hampir dua tahun tidak datang ke Malaysia, peminat mereka yang menggelarkan diri Nidjiholics tidak pernah putus memberikan sokongan yang padu tiap kali mereka bersinggah di sini.

Terbaru, kumpulan yang terkenal dengan lagu Laskar Pelangi dan Hapus Aku itu bakal membuat persembahan khas di Kilang Bateri, Johor Bahru pada Khamis 11 Mei 2017.

whatsapp-image-2017-05-08-at-11-39-27-pm-2

Ini bersempena dengan jelajah promosi album terbaru mereka berjudul Love, Fake & Friendship edaran Universal Music.

Ketika ditemui di sidang media di The Bee di Publika baru-baru ini, ahli kumpulan Nidji memberitahu yang mereka rindukan peminat Malaysia kerana sudah sekitar dua tahun tidak datang ke Malaysia.

“Kami rindukan para peminat di Malaysia dan pernah membuat persembahan di KL, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan juga Pulau Pinang. Jadi kali ini pemilihan Universal Music untuk membawa kami ke Johor Bahru adalah satu pilihan yang tepat kerana kami belum pernah ke sana dan berpeluang untuk mendekati peminat Nidji di selatan Malaysia. Ini juga memudahkan penggemar Nidji dari Singapura untuk datang menonton persembahan kami, ” jelas Giring Ganesha, selaku vokalis utama Nidji.

whatsapp-image-2017-05-08-at-11-39-27-pm-1

Berbicara mengenai album terbaru pula, Giring memberitahu selain berkolaborasi dengan beberapa pemuzik tersohor Indonesia, mereka juga menyukai lagu Hancur Aku ciptaan Estranged dan telah merakam semula lagu itu dengan mengubah beberapa bait lirik untuk menyesuaikannya dengan pasaran Indonesia.

“Kalau di Malaysia Estranged menyanyi dengan Fazura kami pula berganding dengan seorang bakat baru bernama Dea. Dan kami gembira dengan hasilnya. Lagipun kami memang meminati lagu Estranged ini, oleh kerana itu kami memasukannya ke dalam album ini, ” tambah Giring lagi.

Love, Fake & Friendship menampilkan 12 buah lagu garapan beberapa pemuzik hebat Indonesia selain lagu ciptaan Estranged. Lebih istimewa album terbaru ini sudahpun mula dipasarkan dalam bentuk fizikal di Malaysia lebih dahulu sebelum di Indonesia.

Tiket berharga RM80 untuk menyaksikan persembahan mereka di Johor Khamis ini boleh dibeli dengan melayari jooxlivenidji.peatix.com atau boleh juga didapati di Bateri Merchandise Store sendiri di Kilang Bateri Johor Bahru serta di kedai CD Rama terpilih.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!