72671

Night Of Fright 5 Kembali Menghantui Di Sunway Lagoon - Suria FM - Segalanya Hiburan

Taman tema air bertaraf dunia,  Sunway Lagoon tahun ini meraikan 25 tahun sejak pembukaannya pada 29 April 1993.

Tahun demi tahun, Sunway Lagoon tidak ketinggalan memberi penambahbaikan demi memastikan pengunjung dapat menikmati keriangan yang berterusan dan menghiburkan.

screen-shot-2017-10-09-at-3-25-18-pm

Antara tarikan yang terdapat di Sunway Lagoon ialah permainan gelongsor air Vuvuzela , kolam simulator untuk luncur air dan juga ‘Waterplexx’ 5 Dimensi yang pasti mengujakan anda.

screen-shot-2017-10-09-at-3-27-03-pm

sl-500x500

Terbaru, pemenang Anugerah “Asia’s Best Attraction 2007” ini telah membina Taman Tema Nickelodeon yang pertama di Asia.

screen-shot-2017-10-09-at-3-33-28-pm

Taman tema air yang bertemakan karektor-karektor animasi popular dari Nickelodeon seperti Spongebob, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtle ini pasti membuat kanak-kanak teruja.

screen-shot-2017-10-09-at-3-34-36-pm

Sejak dari tahun 2013, setiap kali bulan Oktober tiba, Sunway Lagoon akan menganjurkan ‘Nights Of Fright’ dimana anda berpeluang merasai hiburan yang menyeramkan di malam hari yang begitu mendebarkan.

screen-shot-2017-10-09-at-3-37-01-pm

Tahun ini Night Of Fright kembali untuk tahun yang kelima. Bersempena dengan perasmian tahun kelima, Sunway Lagoon turut menganjurkan larian ‘Undead Run’.

screen-shot-2017-10-09-at-3-38-44-pm

Seramai lebih dari 1,300 perserta yang menyertai larian ini dimana mereka perlu berlari dan melalui beberapa rintangan untuk sampai ke garisan penamat.

screen-shot-2017-10-09-at-3-41-09-pm

Sepanjang Oktober ini, Sunway Lagoon akan dipenuhi dengan hantu, jembalang dan makhluk-makhluk yang menyeramkan. Jika anda seorang yang mudah untuk ditakuti, baik anda fikir dua kali sebelum masuk.

screen-shot-2017-10-09-at-3-44-53-pm

screen-shot-2017-10-09-at-4-10-44-pm

Anda boleh mula merasai ketakutan dengan mencuba memasuki ‘The Island Of The Dolls’ atau Pulau Anak Patung yang diinspirasikan dari sebuah pulau di Mexico yang terkenal kerana tragedi tragis yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan.

screen-shot-2017-10-09-at-2-51-47-pmIbarat berjalan di dalam sebuah pulau yang sebenar, anda pasti terasa seakan terperangkap di dalam pulau yang penuh dengan anak patung yang bertebaran yang begitu menyeramkan.

screen-shot-2017-10-09-at-2-54-47-pm

Perlu diingatkan! disini anda perlu berjalan dalam barisan dan harus memegang seutas tali.

screen-shot-2017-10-09-at-4-14-13-pmSelesai merasai pengembaraan di “The Island Of The Dolls’, cuba beranikan diri untuk memasuki rumah berhantu di ‘OUIJA’.

screen-shot-2017-10-09-at-3-01-01-pmRumah yang menyeramkan persis dalam filem seram Hollywood ini pasti membuatkan anda berasa seperti berada di dalam salah satu babak di dalam filem.

screen-shot-2017-10-09-at-2-59-04-pm

 

screen-shot-2017-10-09-at-4-12-48-pm

Bersebelahan dengan OIUJA pula, terdapat sebuah galeri seram yang menempatkan hantu dalam jelmaan 3 dimensi. Untuk masuk kesini, anda perlu memakai cermin mata 3D yang disediakan.

screen-shot-2017-10-09-at-3-03-33-pm

Pada mulanya anda mungkin terleka dan terpegun dengan seni yang terdapat di dalam galeri ini, namun siapa sangka dalam kelekaan anda itu muncul hantu yang menjelma dalam bentuk 3 dimensi.

screen-shot-2017-10-09-at-3-08-39-pm

 

screen-shot-2017-10-09-at-4-11-47-pmHospital berhantu, DYSTOPIA pasti membuat anda sentiasa mahu menutup mata. Dikatakan antara tarikan paling seram disini, Dystopia bikin anda berasa seperti berada di hospital yang sebenar.

screen-shot-2017-10-09-at-2-38-16-pmJangan terkejut apabila anda menjumpai pesakit yang kakinya kudung akibat dipotong. Ia kelihatan seperti benar-benar dipotong!

screen-shot-2017-10-09-at-2-36-16-pm

screen-shot-2017-10-09-at-4-11-22-pm

Jika anda seorang yang gemar menonton filem seram, jangan lepaskan peluang menonton tayangan filem Pontianak VS Pocong.

screen-shot-2017-10-09-at-3-15-57-pmNamun ia bukan seperti tayangan filem biasa. Anda harus berdiri selama 10 minit sambil ditemani pocong disekeliling anda. Memang menyeramkan!

screen-shot-2017-10-09-at-3-13-28-pmSelain itu, jangan lepaskan peluang untuk merasai adrenalin anda bergerak pantas dengan menaiki permainan Roller Coster dan juga Kapal lanun yang akan membuat anda menjerit tidak henti-henti.

screen-shot-2017-10-09-at-3-59-25-pmscreen-shot-2017-10-09-at-3-56-43-pm

pirate-s-revenge-3

Jika anda mahu merasai sendiri pengalaman seperti ini, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke ‘Night Of Fright 5’ yang berlansung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 7.30 hingga 11.30 malam dari 7 Oktober sehingga 31 Oktober ini. Tiket berharga RM64.

SURIA ada berita baik untuk anda. Anda boleh memenangi sepasang tiket untuk ke Sunway Lagoon dengan menyertai peraduan di Instagram Suria Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!