92061

Nikmati Reunion Paling Best Di Sunway Lagoon! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun Baru Cina sering dikaikan dengan perjumpaan atau ‘reunion’ keluarga dan rakan-rakan. Ia juga merupakan musim cuti panjang dan ramai penduduk kota akan menghabiskan masa bersama-sama di luar kota. Dan biasanya musim perayaan tidak akan lari daripada kesesakan lalu lintas!

Jangan jadikan diri anda mangsa kesesakan lalu lintas dan habiskan cuti anda bersama Sunway Lagoon kerana ia ada segalanya!

Bermula pada 1 Februari hingga 9 Februari ini, taman tema Sunway Lagoon menjanjikan lokasi terbaik untuk anda, keluarga dan rakan-rakan yang ingin merancang meraikan perayaan Tahun Baru Cina secara unik dan diingati sampai bila-bila.

Dengan membawa tagline ‘Best Reunion Ever’, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian singa kontemporari oleh Persatuan Tarian Singa Kun Seng Keng. Kumpulan tarian singa dari Kuala Lumpur ini telah berjaya meraih beberapa gelaran juara bertahan dan yang terbaru adalah Juara Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan aktiviti seperti pertunjukkan drum 12 Majestic,Prosperity for All welcome dance, Meet & Greet with the God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack, Sand Art Workshop, dan tarian Hua Ren Heritage Chinese New Year.  

Malah, jangan lepaskan peluang bergambar bersama ikon Nickelodeon kesayangan ramai SpongeBob & Patrick, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan kawan baiknya, Boots yang akan membuat penampilan istimewa di Nickelodeon Lost Lagoon (NLL).

Nikmati pelbagai promosi di taman dan para tetamu juga boleh menikmati Reunion Combo yang bernilai RM18 yang boleh didapati di Wagon Wheel Café, Scream Café dan Zulu Kopitiam. Dapatkan ‘Reunion Deals’ anda di atas talian.

Para tetamu yang merancang untuk menjadi tuan rumah Reunion mengumpulkan keluarga dan rakan-rakan di Sunway Lagoon akan menerima Yee Sang percuma bernilai RM150 dengan membeli Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada harga RM360. Dapatkan cawan Nickelodeon Lenticular secara PERCUMA apabila anda membeli Reunion Sweet Treat (mana-mana ais krim) dari kiosk ais krim I Scoop For You di Surf Beach. Selain daripada itu, pengunjung kini boleh menjadi pemenang dengan menyertai peraduan Lucky Dip dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan pembelian minimum RM100 di kedai-kedai runcit Nickelodeon, kedai Sahara Boutique dan kedai rangkaian Surf Haven.

Muat naik momen istimewa anda bersama keluarga dan rakan-rakan di Sunway Lagoon ke Facebook atau Instagram dengan hashtags #SLBestReunionEver dan #SunwayLagoonMY Tahun Baru Cina ini!

Maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com atau ikuti www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!