
/wp-content/uploads/2019/04/Oreo-4.jpeg)
CoolBlog Malaysia hari ini memperkenalkan 3 perisa baharu kepada menu Oreo Series yang sedia ada. Pengenalan ‘CoolBlog Oreo Series’ itu dilakukan sempena kempen suku ke-2 bagi tahun 2019 dan dijangkakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat CoolBlog atau ‘Cool Lovers’ sekalian.
Bagi sentiasa kekal inovatif dan berdaya saing, jenama minuman terkemuka Malaysia, CoolBlog, hari ini melancarkan 3 perisa baharu kepada menu ‘Oreo Series’ yang sedia ada. Ketiga-tiga menu baharu itu menggunakan sepenuhnya biskut kegemaran ramai iaitu Oreo dan dilengkapkan dengan keenakkan coklat tenusu dan ‘pearl’ berkualiti dari CoolBlog.
3 menu yang menjadi taruhan untuk suku ke-2 tahun 2019 ini adalah ‘Chocolate Walnut Brownies with Oreo Crush & Pearl’, ‘Oreo White Chocolate with Chocolate Syrup & Pearl’ dan yang ketiga adalah ‘Oreo Chocolate with Walnut Brownies Syrup & Pearl’.
Kempen ‘CoolBlog Oreo Series’ adalah kempen yang ditujukan khas kepada pelanggan setia CoolBlog atau digelar ‘Cool Lovers’ yang selama ini kekal setia bersama CoolBlog. Khas juga buat para francaisi, setiap kempen yang dilakukan pada setiap suku tahun 2019 ini akan menekankan kepada aspek pertumbuhan perniagaan, memberi penghargaan, dan juga meraikan kesemua francaisi CoolBlog di seluruh Malaysia.
Menurut Cik Win Zaidi Zakaria, Pengurus Jenama dan Pembangunan Perniagaan, CoolBlog Malaysia
“Pengenalan 3 menu baharu bagi ‘CoolBlog Oreo Series’ ini dilakukan setelah mengambil kira bahawa siri menu ini merupakan ‘best-selling series’ kami. Maklumbalas yang kami terima dari ‘Cool Lovers’ adalah positif dan ini menjadikan kami lebih bersemangat dan sentiasa perlu kreatif dalam memperkenalkan menu yang akan menambat hati pelanggan setia dan juga pelanggan baru kami.”
TRIVIA COOLBLOG OREO SERIES
- Chocolate Walnut Brownies with Oreo Crush & Pearl, Oreo White Chocolate with Chocolate Syrup & Pearl dan Oreo Chocolate with Walnut Brownies Syrup & Pearl telah mula berada di rangkaian CoolBlog seluruh Malaysia mulai 1 April.
- Harga yang ditawarkan bagi setiap perisa ‘CoolBlog Oreo Series’ adalah 50 yang didatangkan dalam bekas 700ml.
- Promosi ‘CoolBlog Oreo Series’ akan berlangsung selama 3 bulan, bermula dari 1 April 2019 sehingga 1 Jun.
- CoolBlog sekali lagi bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen ‘CoolBlog Oreo Series’ yang bakal menampilkan pasukan skuad Suria FM – ‘Suria Wheels’ di cawangan CoolBlog Pelanggan berpeluang untuk beramah mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang tempoh kempen.
Ikuti maklumat coolblog oreo series di laman sosial berikut
Instagram : @coolblogmalaysia
Facebook : Coolblog Malaysia
Youtube : @CoolblogMY
#CoolBlogXOreo #CoolblogMalaysia #CBOreoSeries