72374

Ning Baizura Keluarkan Lagu Raya Baru Selepas 23 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Diva bersuara soprano, Ning Baizura tampil dengan lagu raya terbarunya Syawal Ini selepas lebih 23 tahun tidak keluarkan lagu raya sendiri.

screen-shot-2017-06-20-at-4-20-07-pm

Menurut Ning, kali terakhir beliau merakam lagu raya beberapa tahun dahulu. Tetapi beliau merakam semula lagu Selamat Hari Raya yang pernah dipopularkan oleh Puan Sri Saloma.

Tahun ini Ning tampil dengan lagu Syawal Ini yang sangat bermakna untuk dirinya. Lagu yang melodinya dicipta oleh Aylwin Santiago dan liriknya ditulis oleh Shah Shamshiri ini dicipta dalam masa yang cukup singkat. Melodinya terhasil dalam masa 48 jam, manakala liriknya pula terhasil dalam masa 2 jam sahaja.

screen-shot-2017-06-20-at-4-22-40-pm

Kata Ning sewaktu beliau meminta Shah Shamshiri menulis lirik kepadanya, beliau tidak mahu lagu yang terlalu mengfokuskan kepada hari raya semata.

“Saya nak lagu yang mencerminkan diri kita sebagai seorang insan yang tabah dalam bulan Ramadan, kita harus menghadapi macam-macam cabaran, pengorbanan, berjauhan dengan keluarga.

Isu Moral sangat-sangat perlu ditekankan sekarang kerana kebelakangan ini kita sering dengar berita tentang kes buli dan seumpamanya. Saya cuma nak sebuah lagu yang dapat mengingatkan kita supaya kita perlu berbuat baik sesama manusia”, jelasnya.

14063312_630043123833223_256757676_n

Tambah Ning lagi, tahun ini banyak memberi cabaran kepadanya terutamnya dalam keluarga. Ning rasa sangat tertekan kerana hampir-hampir kehilangan ayahnya.

“Ayah saya sering sakit dan sudah 22 kali dia jatuh. Tetapi Alhamdulillah bulan Ramadhan ini beliau begitu bersemangat untuk berpuasa dan berjumpa dengan anak saya. Disebabkan itu saya rasa saya perlu merakamkan lagu ini kerana ia penuh bermakna”, luahnya.

Kepada anda yang rindu nak dengar lagu raya dari Ning, jangan lupa dengarkan lagu Syawal Ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!