71955

'No Hard Feelings' – Penjelasan Edry KRU Terhadap Aweera - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kemelut yang melanda penyanyi Aweera dan kumpulan Mojo pada 3 tahun lalu akhirnya menemui jalan penyelesaian. Penyanyi Aweera mengakui bahawa dia berasa sangat teruja apabila diberi peluang untuk kembali beraksi bersama Mojo.

“Hari ini sejarah tercipta apabila saya diberi peluang beraksi semula dengan Mojo. Perselisihan faham sebelum ini lebih baik kita lupakan. Sebelum ini pun saya pernah katakan bahawa tak mustahil kami akan berjumpa semula kerana industri hiburan kita kecil, akhirnya hari itu telah tiba.”

maxresdefault

Bukan itu sahaja, penyanyi yang bakal muncul dengan single terbaru beliau yang berjudul ‘Wanita Cinta Agung’, dia tidak keberatan untuk berkolaborasi bersama bekas kumpulannya itu menerusi projek khas atau persembahan pentas.

“Sebenarnya saya rindukan Mojo. Saya berterima kasih kepada Mojo kerana orang kenal suara saya ketika bersama mereka. Tapi saya akan terus bergerak secara solo dan saya perlu hormati Mojo yang sudah mempunyai vokalis baharu iaitu Ryan Brakhma. Tapi kalau ada projek khas seperti Mojo featuring Aweera apa salahnya.”

Ketika diajukan tentang hal ini kepada ketua kumpulan Mojo iaitu Edry, beliau menjelaskan bahawa penampilan bersama antara Mojo dan Aweera pada majlis berkenaan berlaku secara kebetulan sahaja. 

maxresdefault-1

“Secara kebetulan Ryan juga tiada di sini, dia ada di Jakarta. Jadi apa salahnya kami lakukan persembahan bersama. No hard feelings. Dan selepas ini jika mereka nak muncul di TV atau majlis tertentu juga saya tak kisah. Kami tak pernah padam sejarah Aweera dengan Mojo. Namun untuk reunion dan buat rakaman… saya tak nampak lagi ke arah itu.”

Walau apa-apapun, kami di SURIAfm sangat gembira apabila Aweera dan Mojo kembali bersahabat seperti sebelum ini. Yela, kalau nak bermasam muka lama-lama pun tak elok juga sebab industri muzik tanah air sangat kecil.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!