72717

NOAH Sedia Tawan kembali Hati Peminat Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Di Malaysia, jika sebut nama kumpulan Noah pasti ada yang masih tertanya-tanya kumpulan apa itu. Namun jika sebut Peterpan pasti ramai yang mengenali band yang diketuai oleh Ariel yang pernah meledak popular di Malaysia.

Lagu-lagu mereka sering diputarkan di corong-corong radio malah vokalisnya Ariel juga menjadi kegilaan anak-anak muda di Malaysia.

screen-shot-2017-10-25-at-4-02-04-pm

Selepas kontroversi yang menimpa Ariel, kumpulan Peterpan juga seakan menghilang. Namun lagu-lagu mereka masih kerap dimainkan.

Kini selepas semua kemelut yang melanda, Peterpan hadir dengan nama dan muzik yang baru iaitu Noah yang ditubuhkan kira-kira enam tahun yang lalu.

screen-shot-2017-10-25-at-4-04-37-pm

Pernah mengadakan konsert berskala besar di ibu negara beberapa tahun lalu, kini Noah kembali untuk mengubati rindu peminat yang dahagakan persembahan bertenaga dari Noah.

screen-shot-2017-10-25-at-3-57-04-pm

Stadium Negara bakal menjadi medan untuk Noah membuat persembahan untuk peminat kesayangan mereka untuk pertama kalinya selepas menukar nama.

screen-shot-2017-10-25-at-4-05-23-pm

Noah yang dianggotai oleh Ariel (vokalis), Uki (gitaris), Lukman (Gitaris) dan David (Keyboard) ternyata sudah tidak sabar mahu menghiburkan peminat mereka di Malaysia yang sudah dianggap seperti rumah kedua buat mereka.

screen-shot-2017-10-25-at-4-11-16-pm

Ditanya kenapa mereka mengambil masa yang begitu lama untuk kembali mengadakan konsert di Malaysia, kata Ariel sejak dulu peminat mereka sering bertanya bila mahu ke Malaysia dan membuat persembahan, namun jadual mereka yang padat membuatkan hasrat itu terhalang.

screen-shot-2017-10-25-at-3-56-44-pm

“Kami juga mengambil masa yang lama untuk memperkuatkan nama Noah kerana mereka sudah terbiasa dengan nama Peterpan. Agak susah juga memberitahu semua orang bahawa kami kini adalah Noah”, jelas Ariel.

Pada konsert yang akan berlangsung pada 25 Novermber nanti, Noah akan menyanyikan rangkaian lagu-lagu popular mereka sejak dari zaman Peterpan lagi.

screen-shot-2017-10-25-at-3-57-27-pm

Tiket konsert telah pun mula dijual pada 9 Oktober yang lalu bermula serendah RM95 hingga RM235.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!