87453

Noorkhiriah Puas Bawa Watak Aisyah - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Pelakon berbakat besar Noorkhiriah meluahkan rasa puas dapat melakonkan watak Aisyah dalam drama popular Nur.

Noorkhiriah yang membawakan watak antagonis sering mengundang benci di hati penonton dengan perangainya yang sentiasa berprasangka buruk.

Malah salah satu babak apabila Aisyah mencari sup bunjut yang disangkanya alatan untuk menyihir telah menjadi tular di media sosial.

“Kalaulah Shahrul Ezad itu seorang perempuan memang sudah lama saya peluk dia sebab saya rasa saya sangat puas membawakan watak Aisyah. Saya rasa seperti akhirnya Allah mendengar doa saya.

Sebelum ini saya pernah membawa watak jahat, tetapi tidaklah sejahat watak Aisyah ini. Saya rasa orang pun tak akan sangka saya akan membawakan watak muslimah yang bertudung labuh tetapi hatinya hitam”, jelasnya.

Noorkhiriah turut meluahkan rasa terkejut dan terharu dengan sambutan daripada penonton terhadap lakonannya biarpun beliau sudah jarang muncul di kaca televisyen selepas memperlahakan kerjaya lakonannya.

“Saya dapat panggilan dari abang Ezad hujung tahun lalu yang bertanyakan adakah saya masih berlakon. Saya cakap ya Noor masih berlakon. Mana mungkin saya tolak permintaan Shahrul Ezad. Saya naik melalui drama-drama arahannya seperti Kerana Cintaku Saerah dan juga Emil Emilda. Bagi saya abang ezad ada magis. Dia tahu di mana kelebihan dan kekurangan saya”, ujarnya.

Tambah Noorkhiriah lagi, para pelakon yang bergandingan dengannya juga sangat membantu terutamanya Azhan Rani.

“Kami sudah bagaikan satu keluarga. Sebenarnya ramai yang tidak tahu kami banyak ketawa sewaktu penggambaran. namun bila di hadapan kamera kami memberikan yang terbaik buat penonton”, katanya.

Begitulah hebatnya penangan pelakon yang berbakat seperti Noorkhiriah dan pelakon-pelakon yang lain dalam drama Nur. SURIA harap Noorkhiriah tidak akan memperlahankan karier lakonannya lagi kerana industri sangat-sangat memerlukan pelakon berbakat seperti anda.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber