86890

Nora Danish & Fasha Sandha Bakal Berdamai? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon sensasi Nora Danish dan Fasha Sandha dilaporkan bakal mengakhiri ‘peperangan’ mereka selama lapan tahun apabila kedua-duanya dilihat hadir ke Pejabat Mediasi Mahakamah Tinggi Shah Alam Selasa lalu.

Sebelum ini Nora pernah memfailkan saman fitnah kepada Fasha Sandha kerana dikatakan telah memfitnah dirinya pada tahun lal akibat satu salah faham yang berlaku di pertunjukan fesyen sehingga menjejaskan jenama bisnesnya.

Nora sewaktu ditemui di sebuah majlis berbuka puasa di ibu kota berkata beliau berharap segala isu dan sengketa yang melanda dirinya dan Fasha sejak dari dulu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Namun kata Nora beliau masih belum boleh memberi sebarang penjelasan kerana masih menunggu arahan dari pihak mahkamah dan sebaik sahaja arahan itu dikeluarkan beliau akan membuat satu kenyataan rasmi nanti.

Alhamdulillah. Di bulan yang baik ini, sebaiknya kita bermaaf-maafan dan melupakan segala sengketa. Pasti peminat kedua-dua aktres popular ini gembira dengan keputusan ini. Semoga inisiatif Nora dan Fasha ini akan menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!