72620

Nora Danish Hamil 3 Bulan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Desas desus yang mengatakan bahawa pelakon popular, Nora Danish mengandung akhirnya terjawab apabila pelakon itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil 3 bulan.

Sebelum ini netizen mula bercakap mengenai kehamilan Nora kerana perutnya kelihatan sedikit membesar.

screen-shot-2017-09-19-at-12-05-08-pm

Nora berkata, berita kehamilan itu benar-benar memberi keterujaan kepada dirinya terutama sekali suami, Nedim Nazri.

“Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sbelum ini,” kata Nora.

screen-shot-2017-09-19-at-12-05-26-pm

Tambah Nora lagi, walaupun mereka sudah memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu, namun keterujaan bagi kehamilan ini luar biasa kerana ia membuktikan tanda cinta mereka berdua.

Nora dan Nedim masing-masing pernah memiliki seorang anak lelaki sebelum ini.

screen-shot-2017-09-19-at-12-05-45-pm

Semoga anak yang bakal lahir ini mengeratkan lagi cinta Nora dan Nedim dan bahagia sehingga ke Jannah.

Sumber : MStar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!