91324

Noryn Aziz Juara Gegarvaganza 5 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung konsert akhir Gegarvaganza musim kelima dimana menyaksikan Noryn Aziz telah dinobatkan sebagai juara.

Naib juara pula disandang oleh Dia Fadilla manakala tempat ketiga dimenangi oleh bintang kegemaran ramai Zamani.

Seorang lagi bintang kegemaran ramai iaitu Amelina terpaksa akur dengan keputusan juri yang meletakkannya di tempat keempat. Manakala tempat kelima dan keenam pula menjadi milik Maya dan Billy Zurkarnain.

Persembahan Noryn pada malam itu mendapat pujian juri terutamanya sewaktu menyampaikan lagu rap Where Is The Love bersama Dia Fadilla.

Kemampuan mereka berdua menyanyikan lagu rap dengan baik telah memukau juri jemputan iaitu Joe Flizzow.

Markah yang dikumpul Noryn sebagai juara juga jauh meninggalkan pesaingnya yang lain iaitu sebanyak 78.4% dihadapan Dia Fadilla yang mengumpul markah sebanyak 69.4%, Zamani 68.3%, Amelina 66.1%, Maya 65.8% dan Billy Zurkarnain 64.9%.

Sebagai Juara Noryn membawanya pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Tahniah SURIA ucapkan kepada semua pemenang.

 

Kredit Foto : Maestro Media & IG Astro Gempak

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!