90580

Noryn Aziz Luah Perasaan Dalam Nyanyian - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang juga peserta Gegarvaganza 5 (GV5) Noryn Aziz telah memukau penonton dengan persembahannya yang mantap sewaktu menyampaikan lagu Trauma dan Kabut Serangkai Mawar.

Noryn kelihatan sangat beremosi dan begitu mendalami bait-bait lirik lagu nyanyian asal kumpulan ELite dan Zaiton Sameon itu.

Rasanya ramai yang sudah tahu, sekarang ini Noryn sedang menghadapi konflik rumahtangga bersama suami Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang telah memfailkan nusyuz terhadapnya.

Sewaktu bertemu dengan penyanyi jelita ini di sidang media selepas tamat konsert minggu ketiga GV5, Noryn mengakui apa yang sedang dihadapinya sekarang diluahkan menerusi persembahannya.

Kalau anda semua perasan saya bukan seorang yang suka bercerita tentang kisah peribadi saya. Jadi saya luahkan perasaan saya di dalam nyanyian saya.

Sebenarnya saya seorang penyanyi yang teknikal. Tapi lagu-lagu yang saya dapat dalam GV5, apabila saya baca liriknya saya dapat kaitkan dengan hidup saya”, jelasnya.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Noryn Aziz kerana berjaya memberi persembahan yang mantap dan penuh beremosi. Semoga kejayaan terus mengiringi perjalanan Noryn dalam GV5. Tak sabar nak tengok persembahan Noryn di minggu keempat membawakan lagu Diva Anita Sarawak, Seksis!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!